Berita Terkini

PENJENAMAAN SEMULA RESIDENSI PRIHATIN KEPADA RESIDENSI KELUARGA MALAYSIA (RKM) - 7 OKTOBER 2021
07 October 2021

YB Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan telah menjenamakan semula Residensi Prihatin sebagai Residensi Keluarga Malaysia (RKM) semasa menggulung perbahasan RMK12 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2021. Keputusan ini selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang menekankan kepentingan keluarga sebagai institusi terkecil terpenting dalam membina masyarakat. Penjenamaan ini menggambarkan kepentingan pemilikan sebuah kediaman yang selesa dalam pembentukan kesejahteraan sesebuah keluarga.

PENANGGUHAN DAFTAR MINAT PROJEK DALAM PORTAL RESIDENSI PRIHATIN (14 JUN 2021)
11 June 2021

Adalah dimaklumkan bahawa proses daftar minat projek Residensi Prihatin tidak boleh diakses pada 14 Jun 2021 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang. Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan dan dijangka akan terdapat gangguan pada capaian portal.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

PELANCARAN VIRTUAL RESIDENSI PRIHATIN- 22 FEBRUARI 2021
22 February 2021

YB TAN Sri TPr Annuar Hj Musa, Menteri Wilayah Persekutuan telah melancarkan Residensi Prihatin secara virtual live melalui Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan dan rakaman boleh ditonton semula dengan melayari https://www.facebook.com/KemWP/videos/724111284915764/